SEJARAH


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PACE ditubuhkan pada 1 April 1999 bagi menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mencapai tahap kelulusan yang lebih tinggi. PACE mempunyai dua (2) unit utama iaitu :
  • Unit Pengajian Luar Kampus (UPLK)
  • Unit Kerjasama dan Kawal Selia (UKS)

MISI

Melahirkan masyarakat berilmu menerusi pembangunan dan pengurusan program pendidikan berterusan

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pengurusan pendidikan yang dinamik

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)

Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PACE  mengambil tanggungjawab meyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pengajian Luar kampus (PLK) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa.

OBJEKTIF PLK

Berteraskan misi dan visi Universiti, program PLK ini adalah untuk :
  • membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meningkatkan taraf pendidikan.
  • memberi peluang kepada pelajar dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah.
  • membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar.
  • meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi.
  • meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerjasama ada dengan kerajaan atau swasta.


ETP MANAGEMENT SDN BHD
telah ditubuhkan pada 14 Jun 2000, dengan no pendaftaran syarikat 516875-M beralamat di No.65.4 &66.4, Tabuan Stutong Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching Sarawak. ETPM berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (FFO) sebagai kontraktor bumiputera dan ditubuhkan dengan menjalankan peniagaan yang berlatarbelakangkan PENDIDIKAN dan LATIHAN. Kini peniagaan utama ETPM adalah menjadi Pusat setempat bagi Pusat Pendidikan Jarak Jauh(PJJ) untuk IPTA tempatan. Pada tahun 2008, ETPM telah membuka cawangan di Sibu, Kota Kinabalu, Johor dan Kuala Lumpur untuk menempatkan Pusat Pembelajaran PLK bagi UPM, UKM, UUM, UPSI & UTHM.

OBJEKTIF
  •  OBJEKTIF UMUM
Menjadi ‘One Stop Centre’ untuk Pusat Pembelajaran PLK bagi IPTA tempatan dan perunding pendidikan dan latihan yang bermaklumat, progresif, kreatif serta membawa kepada keuntungan bersama.
  • OBJEKTIF OPERASI
Menyediakan kemudahan tempat pengajian dan peluang kepada anak-anak Sarawak yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian di IPTA secara sepenuh masa kerana kekangan pekerjaan tanpa perlu ke Universiti untuk mengikuti pengajian.
Menjadi penyedia latihan yang berpengalaman dan kreatif untuk melaksanakan program-program latihan kerajaan kepada masyarakat di Sarawak seterusnya membantu melatih ‘human.capital’ di negeri ini.
Menjadi penyumbang kepada kemakmuran ekonomi negeri Sarawak seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

VISI

ETPM sebagai sebuah syarikat tempatan yang menjadi pilihan dan peneraju utama sebagai pegendali Pusat pembelajaran IPTA/IPTS dan latihan di Sarawak.

MISI

Menjadi yang terbaik dalam melaksanakan program pendidikan dan latihan supaya imej syarikat dikenali dan diberi kepercayaan dalam melaksanakan sesuatu projek.

No comments:

Post a Comment